Jumaat, 17 Jun 2011

Sekitar Final FA 2011





THE WHITE TURTLES




Semua sudah maklum bahawa pasukan kesayangan kita Terengganu telah berjaya membawa pulang Piala FA buat kali kedua dalam sejarah 21 tahun piala itu ke bumi Darul Iman. Kita menjuarai Piala FA buat kali pertama pada tahun 2000 di bawah bimbingan Yunus Aliff menewaskan Pulau Pinang selepas kita kalah pada final pada 1999 kepada Kuala Lumpur. Pada tahun 2004 kita sekali lagi ke final tetapi tewas kepada Perak selepas tambahan masa. Dan pada detik 11hb Jun 2011 sekali lagi kegemilangan The White Turtles tercipta apabila kita sekali lagi dinobatkan juara Piala FA menewaskan musuh tradisi Kelantan 2-1 yang telah kempunan buat kali kedua untuk muncul juara Piala FA.


Inilah ketua perang kita yang sentiasa bersemangat dan tidak putus putus menaikkan semangat juang wira-wira kita.



Ini pula adalah jeneral di tengah padang kita. Sentiasa meniupkan semangat tidak putus asa di kalangan anak buah. Pemain terbaik perlawanan akhir piala fa. JUKI17 The Legend.


Ini dia wira pada malam itu Ahmad Nordin Alias. Menjaringkan gol kemenangan Terengganu. Sambil berlari lari keriangan. Seorang anak jati yang kegembiraan selepas menjaringkan gol kemenangan buat negeri kesayangannya. Dean18 wira kami.
Sarbini juga berhak untuk bergembira kerana beberapa percubaan berbahaya lawan berjaya dihalang beliau. Sabi adalah wira di mata kami.


Tapi nanti dulu kita juga ada wira yang tidak didendangkan. Beliau ialah pemain berjesi min98.
Jeng je jeng...hehehehehehehe...



Daudsu Jamaluddin pemain berjersi min98. Terima kasih kerana terjaringkan gol untuk Terengganu.




Tidak dilupakan juga sokongan padu yang diberikan oleh Ultras Tranung yang betul betul menghidupkan suasan di stadium. Sokongan seragan telah diberikan oleh Ultras Tranung buat penyokong -penyokong Terengganu.

Perhargaan juga buat ganusoccer.net, Kelab PETEH, dan Terengganu FC iaitu Kelab peminat di FB. Kita semua adalah satu.




Dan inilah hasilnya daripada skuad generasi emas yang memenangi Piala Presiden 2006, Pingat Emas Sukma 2006, 2008 dan 2010. Kita boleh berbangga kerana skuad emas generasi kedua sedang dilahirkan Terengganu apabila tamat misi Olimpik Muslim Ahmad, Faizal Muhammad, Shukor Jusoh dan Izzaq Farris akan pulang berbakti. Itu belum lagi kepulangan dari Harimau Muda B.


Sekadar Selingan tetapi tetap mendatangkan impak yang besar.

Adegan yang ingin kita lihat.

Bola bola jugok, akhirat dok lupe boh.

Seprti mana bendera palestin sentiasa berkibar di SSINS, di Bukit Jalil juga bendera Palestin berkibar. Malah megah berkibar disamping bendera Pas. Itu menandakan sokongan rakyat Terengganu terhadap perjuangan Islam.

Hehe..biarpun kita pernah berasa kecewa dan sedih, tetapi Bukit Jalil telah menjadi saksi perjuangan penuh bersemangat wira wira kita.



Adegan yang tidak ingin kita lihat pula ialah...mmmmm...



Kenapa wujud kominiti macam ini. Kita sedia maklum majoriti rakyat Besut menyokong Terengganu dan mereka juga bersama sama di Bukit Jalil. Tetapi kepada banner seperti ini dibuat, sedangkan hanya segelintir sahaja yang menyokong Kelantan. Banner di buat seolah olah semua rakyat Besut menyokong Kelantan. Dalam bolasepak menyokong team rival adalah tidak boleh diterima. Duduk dibumi Terengganu tetapi menyatakan sokongan kepada team lawan. Agak mendukacitakan. Sebab dalam bolasepak belum pernah terdengar lagi penyokong Liverpool menyokong Manchester United, begitulah halnya dengan Terengganu-Kelantan. Diharap jika anda sokong Kelantan sekalipun janganlah sampai mahu diberitahu ke serata dunia. Sedangkan jumlahnya menyokong pun xlah ramai mane.

1 ulasan:

Unknown berkata...

logo peteh mcm muka spidermen ngan white turtle tu mmg buruk la..